Saturday, February 25, 2012

Panas baran, warisan keluarga?

Assalamualaikum semua.


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana telah menjadi follower blog ni.Insya Allah saya akan kongsikan lebih banyak lagi penemuan hasil-hasil kajian ahli psikologi Islam dan barat tentang manusia terutamanya berkaitan hubungan kekeluargaan. Tentunya ia sangat menarik dan dapat membantu kita menjalani kehidupan sebagai insan kamil.


Hari ni saya nak kongsikan citer tentang kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Anda mungkin sedang mempunyai anak dalam usia ni. Atau anda mungkin juga pernah melalui pengalaman silam yang tidak dapat dilupakan semasa usia tersebut. Citernye gini...


Ikut kajian ketika ini kanak-kanak akan belajar mencuba sesuatu yang baru, meneroka persekitaran, menguji keupayaan dan membuat kesilapan. Waktu ini juga kanak-kanak bergerak aktif ke sana dan ke sini. Maka sibuklah si ibu melayan kerenah dan keaktifan anaknya itu. Betul tak?.


Kalau anda memarahi anak dengan cara yang tegas, atau mengalang tingkah lakunya ketika itu dengan kasar, maka ikut kajian anak tersebut nanti akan menjadi seorang yang pemarah dan suka bermusuhan. Apatah lagi tiap kali anda marah, anak akan menangis dan memberontak. Maka anda telah melatih anak anda menjadi seorang yang panas baran, walau pun baru berusia 1 hingga 3 tahun. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anaknya. Haaa... kalau anda seorang yang pemarah, suka membangkang orang lain atau panas baran, mungkin ketika anda berusia 1 hingga 3 tahun, ibu atau ayah anda pernah melayan anda dengan tegas dan kasar. Kini anda melayan semula anak anda seperti mana anda laluinya ketika kecil. Maka menyebabkan tingkah laku panas baran itu diwarisi dari satu generasi ke generasi akan datang.


Selalunya anak-anak anda suka membuat serepah dengan barang-barang permainannya. Sudahlah anda penat bekerja, kemudian rumah yang sudah dikemas penuh dengan barang permainan yang berserepah. Apa lagi, maka naiklah darah anda yang tinggi tu, lalu anda memarahi anak anda dengan suara yang lantang. Anda juga akan meminta anak anda menyimpan dan menyususn semula barang permainannya itu dengan kemas dan teratur. Sebenarnya, mengikut psikologi kanak-kanak, anda telah mengajarnya menjadi seorang yang degil, kedekut dan mementingkan diri sendiri. Itulah yang anak-anak anda faham dan belajar  dari nada suara anda yang garang dan marah itu.


Bukan salah untuk mengajar anak agar mengemaskan barang permainan mereka dengan kemas, tetapi cara anda mengajar samada dengan cara yang kasar atau cara yang lemah lembut untuk mendidik seorang kanak-kanak yang baru berusia 1 hingga 3 tahun, masih kecil dan mentah tentang kehidupan. Mungkin kepenatan bekerja atau masalah peribadi menyebabkan anda terbawa-bawa dalam layanan terhadap anak. Kalau anda seorang yang degil, kedekut dan mementingkan diri sendiri, cuba perhatikan bagaimana cara anda menyusun, menyimpan, menjaga dan berkongsi barang anda dengan orang lain. Mungkin pengalaman silam anda ketika kecil telah mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku anda ketika ini.


Tetapi untuk mendidik anak dengan cara yang lemah lembut janganlah sampai anda melakukan semua perkara untuk anak-anak. Sehingga mereka tidak dapat mencuba sesuatu yang baru, meneroka persekitaran dan membuat kesilapan dalam kehidupan. Kanak-kanak sebegini akan menjadi seorang yang pemalu, tiada keyakinan diri dan sentiasa bergantung kepada ibu dan ayahnya. Jadi kenalah seimbang antara tindakan memarahi dan memanjakan anak-anak. Biarlah mereka mencuba dan belajar melakukan kesilapan, sebagai ibu dan ayah anda menunjuk ajar cara yang betul sedikit demi sedikit dengan cara yang berhemah. Kanak-kanak yang diberi peluang yang mencukupi akan menjadi seorang yang mudah berdikari, tidak sentiasa bergantung kepada ibu dan ayah serta mudah untuk meluahkan masalah mereka kepada ibu dan ayah.


Zaman kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, menentukan samada mereka akan menjadi seorang yang mudah berdikari atau pemarah, suka bermusuhan, panas baran, degil, kedekut, mementingkan diri sendiri dan pemalu orangnya. Ibu bapalah yang mencorak anak-anak mereka dari sehelai kain putih kepada kain yang berwarna warni. Mudah-mudahan perkongsian saya ini dapat membantu ibu bapa dan ahli keluarga membina sebuah keluarga bahagia yang diidam-idamkan. Selamat beramal....

Sunday, February 19, 2012

Bila rasa tidak percaya pada orang lain dan rasa tidak dihargai.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya nak kongsikan dengan anda semua tentang kisah zaman kanak-kanak berumur 0 hingga 1 tahun. Ikut kajian ketika kanak-kanak berusia 0 hingga 1 tahun, kanak-kanak memerlukan sentuhan dan belaian dari ibu dan ayahnya. Ibu digalakkan menyusukan anaknya dan banyak membelai anaknya. Tidak digalakkan melayan anak dengan banyak memberikan barang permainan. Jika kanak-kanak kurang mendapat sentuhan dan layanan ibu serta ayahnya, kanak-kanak akan menjadi seorang yang kurang percayakan orang lain, menolak kasih sayang dari orang lain, merasakan dirinya tidak disukai, rasa takut, kesunyian dan tidak selamat.

Haa... berdasarkan kajian ni, kalau anda seorang yang kurang percayakan orang lain, rasa diri tidak disayangi atau rasa kesunyian, maknanya mungkin ketika anda kecil dulu anda kurang mendapat susuan ibu atau belaian ibu dan ayah atau banyak barang permainan. Hehehe... Betul ker?. Jadi, untuk menghilangkan perasaan tu, maka anda perlu kembali rapat dengan ibu dan ayah agar anda mendapat kembali belaian dan sentuhan mereka. Kena la manja-manja dan bergurau senda dengan ibu dan ayah. Mungkin kekurangan tadi yang buat anda rasa seperti sekarang dan anda perlu buat sesuatu untuk mengubahnya. Moga anda dapat menjadi seorang mempercayai orang lain, rasa diterima dan dihargai oleh orang lain. Ia akan buat anda lebih berjaya di masa hadapan.

Kalau anda ada pandangan yang lain, sila kongsikan yer. Terima kasih.